Kepada semua-semua pengguna Cloth Diapers yang budiman berikut merupakan kaedah penggunaan & penjagaan cloth diapers...ini bagi memastikan jangka hayat cloth diapers kita lebih lama..Nanti boleh bagi kat adik-adik baby or sedara mara kita... Happy diapering mommies.....
Cara Pencucian dan Penjagaan Cloth DiaperPENGGUNAAN CLOTH DIAPERS KALI PERTAMA
- Sebelum menggunakan Cloth Diaper untuk kali yang pertama, pastikan Cloth Diaper (sarung dan insert) telah dicuci terlebih dahulu. Ini adalah bagi mengeluarkan sisa-sisa yang mungkin terdapat dalam fabric semasa proses pengilangan.
- Untuk mendapat kesan penyerapan fabric (insert) yang lebih berkesan, cuci insert sebanyak 3 kali sebelum menggunakannya untuk kali pertama. Penggunaan yang seterusnya hanya memerlukan sekali cucian.(kalau rajin aahhh..if not sekali pun ok)
- Cloth diaper boleh dicuci tangan atau dengan mesin basuh. Jika menggunakan mesin basuh, penggunaan sarung cucian (laundry bag) dapat memanjangkan jangka hayat penggunaan Cloth Diaper.
- Keringkan Cloth Diaper di bawah matahari atau menggunakan mesin pengering kain (dryer).
Perhatian dan Peringatan:
- Elakkan cecair peluntur/pemutih (Clorox) dan cecair pelembut kain (Softlan) - Penggunaan bahan-bahan cucian seperti ini mungkin menyebabkan rasa gatal-gatal pada kulit bayi. Jangka hayat penggunaan Cloth Diaper mungkin juga turut terjejas.
- Elakkan seterika - Cloth diaper tidak perlu diseterika. Bahan elastik pada Cloth Diaper akan lebur atau menjadi tidak kenyal apabila terdedah kepada haba tinggi.
- Cuci dengan air sejuk - Cucian kering atau cucian air panas akan menjejaskan kualiti Cloth Diaper.
- Elakkan berus dan penggosok – hujung berus atau penggosok yang keras dan tajam akan menjejaskan permukaan dan kualiti Cloth Diaper.





