My Baby My Love,

to all mommies.....All About Baby World, Mother and Pregnancy...always be happy



Thursday, August 4, 2011

PREEGY

akakakaaa....cam tergelak pada diri sendiri sebab beriya-iya nak wat blog tapi tak menulis sangat plak....heheee....mcm-amacam pikir nak bagi alasan apa...

i....sebab mengandung anak yang keduaAdd Video pening2 lalat then malas nak menulis or apapaa...........
ii............dah bersalin pun malas nak post new entry sebab letih jaga baby then takde idea.........then.....ahahahahhaaaa.....

ii...dah masuk kerja malas nak post gak sebab bz keja....nak pam susu lagi then ............alasan dan alasan dan................

sebenarnyer dah malas bgtau je la dah malas apa la kan...................

Thursday, September 23, 2010

CARA PENJAGAAN CLOTH DIAPER

Kepada semua-semua pengguna Cloth Diapers yang budiman berikut merupakan kaedah penggunaan & penjagaan cloth diapers...ini bagi memastikan jangka hayat cloth diapers kita lebih lama..Nanti boleh bagi kat adik-adik baby or sedara mara kita... Happy diapering mommies.....

Cara Pencucian dan Penjagaan Cloth Diaper

PENGGUNAAN CLOTH DIAPERS KALI PERTAMA
  • Sebelum menggunakan Cloth Diaper untuk kali yang pertama, pastikan Cloth Diaper (sarung dan insert) telah dicuci terlebih dahulu. Ini adalah bagi mengeluarkan sisa-sisa yang mungkin terdapat dalam fabric semasa proses pengilangan.
  • Untuk mendapat kesan penyerapan fabric (insert) yang lebih berkesan, cuci insert sebanyak 3 kali sebelum menggunakannya untuk kali pertama. Penggunaan yang seterusnya hanya memerlukan sekali cucian.(kalau rajin aahhh..if not sekali pun ok)
  • Cloth diaper boleh dicuci tangan atau dengan mesin basuh. Jika menggunakan mesin basuh, penggunaan sarung cucian (laundry bag) dapat memanjangkan jangka hayat penggunaan Cloth Diaper.
  • Keringkan Cloth Diaper di bawah matahari atau menggunakan mesin pengering kain (dryer).

Perhatian dan Peringatan:

  • Elakkan cecair peluntur/pemutih (Clorox) dan cecair pelembut kain (Softlan) - Penggunaan bahan-bahan cucian seperti ini mungkin menyebabkan rasa gatal-gatal pada kulit bayi. Jangka hayat penggunaan Cloth Diaper mungkin juga turut terjejas.
  • Elakkan seterika - Cloth diaper tidak perlu diseterika. Bahan elastik pada Cloth Diaper akan lebur atau menjadi tidak kenyal apabila terdedah kepada haba tinggi.
  • Cuci dengan air sejuk - Cucian kering atau cucian air panas akan menjejaskan kualiti Cloth Diaper.
  • Elakkan berus dan penggosok – hujung berus atau penggosok yang keras dan tajam akan menjejaskan permukaan dan kualiti Cloth Diaper.

Friday, June 25, 2010

PERSIAPAN SEBELUM BERSALIN

Baru baru ni saya kol Zila,my best friend yang sedang menunggu kelahiran anak pertama.Bestnyer rasa. Teringat macammana saya dan hubby yang excited tiap kali pegi scan.Yang paling tu bila akhir sesi scan tetiba si kecik tu angkat tangan cam babai kat mama & pap dia..Adus..Dr. Mashitah tu pun terexcited gak..Si kecik tu dari dalam perut dah aktif.Nak tengok muka di punya la susah.Kejap-kejap pusing sana kejap pusing sini..Dan sekarang dah sembilan bulan aktif nyerr kemain lagi..

So saya senaraikan barang-barang yang kit perlu beli persiapan menyambut ahli baru dari SYURGA...

PAKAIAN

1. BAJU BAYI

Beli baju bayi yang berseluar panjang tapi lengan pendek takut nanti panas sebab bayi selalu kita akan bedung dia supaya dia rasa lebih selamat..macam dalam dakapan ibu..Kalau rumah panas beli baju yang berlubang-lubang tak la panas sangat.

2. Sarung tangan & stokin
Beli sarung tangan dan sarung kaki ni tak payah banyak sangat.Elok beli yg gripnyer tak ketat sangat. Nanti bila baby pakai ketat sangat. Kesian dia.Berbekas tangan dan kaki. Beli yang jenis kain kapas tak panas, tak pun beli yang jenis lubang-lubang.Untuk jimat beli je yang dah set kan 4-5 pasang. Kat Mydin atau Giant banyak.

3. Barut
Saya lebih suka barut yang bertali daripada barut velcro (zip zap).Jenis tali lagi senang nak ikat ikut keselesaan baby. Barut penting bagi menjaga kedudykan perut bayi dan elak dari kembung sebab masuk angin. Seeloknya pakai sehingga bayi berusia 5 bulan.

4. Topi
Elok beli topi dari kain yang lembut.Jenis sarung kat kepala bayi.Ubun-ubun bayi kita kena selalu jaga supaya jangan sejuk.Takut nanti bayi senang kena selsema & demam. Nanti bila kita dalam pantang kena bawak baby pergi cucuk so lebih baik jadi topi ni mmg penting gak tau.

Peralatan Baby

1. Mandian baby - toiletries macam sabun/tuala kecik (kalau nak murah beli tuala untuk sports),bedak,minyak panas(minyak telon/yuyi/vicks ikut kesesuaian baby),besen mandian.

2. Kelengkapan Tidur Baby

a. Kelambu-penting sebab kalau balik kampung byk nyamuk tapi tak payah balik kampung pun bleh kat kl pun byk nyamuk.Klau bleh cari yang besinyer solid sket.Bleh tahan lama.Beli jer saiz yang besar sekali biar muat-muat tilam.

b. Selimut baby-Selimut biar dari kain cotton so baby rasa sedap je tidur.Nak senang beli yang dah siap ngan tutup kepala. Bila bawak keluar senang sikit.Klau nak jimat beli jer kain cotton 1 meter kat Nogoya baru RM 4.00 lebih jer then antar jahit tepi. Ok tau.My baby auni pun pakai tu gak.sampai dia besar ni pun pakai selimut tu lagi. Nanti nak bedungkan dia pun senang sebab lebar.

c. Getah-Ni pun penting tau sebab baby masa awal-awal bersalin akan selalu berak.Sampai lenguh gak aah menukar diapers, so pakai ni senang. Setiap kali nak tukar diapers alas punggung baby ngan getah kalau baby terkencing pun takpe senang nak basuh.

d. Katil - ni alternative je tapi kalau ada abang or kakak yg akan ganggu baby tidur baik la ada.

e. Cadar/Alas Bantal - Banyak di pasaran.Elok nyer kena ada dua set.Sebab takut terkotor then basuh.

f. Kelengkapan Penyusuan Baby
Kita boleh beli botol susu yang banyak dipasaran tapi kena pastikan bahawa ia adalah BPA Free. Sebab penyusuan merupakan sumber makanan utama baby jadi ia sangat penting. The best brand AVENT Philips. Biar la mahal sket pun tapi yang penting kita puashati sebab kita yakin baby selamat. Bila botol susu kena air panas ia akan menghasilkan tindakbalas kimia. Ini akan beri kesan negatif kepada kesihatan baby.

g. Berus Botol Susu
Untuk cucian yang lebih baik, kena guna brush yang ada span di depannyer.

Wednesday, June 9, 2010

YAKIN DENGAN PENGGUNAAN CLOTH DIAPERS









Saya mula menggunakan cloth diapers pada my little baby gurl sejak dia berumur 2 bulan. saya mula guna hanya untuk malam sahaja tp bila dah betul betul puashati saya saya mula menggunakan cd sepenuhnya..Cuba la kita fikirkan .....

a. kena beli susu dah la mahal paling kurang RM 120.00
b. bayar baby sitter RM 250.00
c. makanan tambahan biskut/buah RM 60.00
d. DISPOSABLE DIAPERS RM0.50*6 keping sehari*30 hari 90.00
e. tambahan lain klinik, toiletries, etc... RM 100.00
TOTAL RM 620.00

Ini belum masuk bajet hariraya la..jalan-jalan jumpa baju best nak beli plak..dah pandai mintak mainan la itu ini...

Bukan kata berkira tp klau beleh jimat kan lagi bagus. Cuba kita kira dalam masa setahun berapa kita dah spent utk diaposable baby walhal kita boleh berjimat...

RM 0.50*6*30 = RM 90.00 *12 bulan*3 tahun = RM 3,240.00

Dengan jumlah ni mcm2 yang kita bleh buat..the best thing we can save those budget for our child's education...to mommies..you know what is the best for your child..

Tak dinafikan kita akan bertambah sedikit...kena basuh~jemur~lipat but mommies skrg kan pakai washer machine..masukkan jerr sedar2 dah siap~jemur dalm rumah pun dah kering~lipat dengan masukkan insert nyer sambil tengok tv pun boleh...lagi pun kita kan kurang execise..anggap je la sebgai satu exercise ....EASY dear...

SO...TAKE A FIRST STEP TO PROTECT OUR CHILD

Tahukah mommies bahawa disposable diapers mengandungi kimia yang akan menyebabkan pelbagai penyakit kanser..cuba fikir kenapa bila baby buang air dia tak berbau..pelik dak..cuba fikir material yang digunakan selamat kerr..sebelum kita menyesal protect our baby...now and forever.......